loading...

Thursday 5 April 2018

VIRAL! DOKTOR CUN TOLONG MAT REMPIT. APA YANG TERJADI SELEPAS ITU SANGAT MEMERANJATKAN SEBAB….

VIRAl! Doktor Cun Tolong Mat Rempit. Apa Yang Terjadi Selepas Itu Sangat Memeranjatkan Sebab….
PETALING JAYA: Mat rempit sememangnya ‘jaguh’ ketika beraksi di jalan raya, namun mereka juga manusia biasa dan wajar dibantu apabila terbabit dalam kemalangan.
Seorang doktor wanita telah membuktikannya, apabila beliau sanggup memberhentikan keretanya untuk memberi bantuan kecemasan kepada penunggang motosikal yang tersadai di tepi jalan akibat kemalangan.
Selain dipuji atas keprihatinannya, doktor berkenaan, yang dilihat muda dan cantik turut mendapat perhatian netizen kerana beliau yang berbangsa Cina telah tampil membantu pemuda Melayu itu.
Kisah doktor wanita ini mula menjadi tular apabila rakan mangsa, Muhammad Aizuddin yang berada di tempat kejadian memuat naik posting penghargaan untuk doktor berkenaan, Selasa.
“‘Respect’ kat amoi ni. Walaupun dia tau kami mat rempit, dia berhenti tolong sebab dia doktor. Aku suruh dia gerak dia cakap ‘tak apa, saya tunggu ambulans sampai’.
“Kau carilah dia bila kau dah sihat. Dialah yang suruh aku beli air gula, dialah yang siram luka kau. ‘Gentle’ gua respect,” tulisnya di Facebook.

No comments:

Post a Comment